Lamanya tak update blog sampaikan email password pun dah lupa. setelah beberapa kali percubaan meneka email dan password yang sebenar. huh! kesat peluh.
Hmm what i want to story morry kali ni?
Kalau nak cerita the whole life aku sekarang memang berjeler lah. even mak aku yang dengar story aku pun cakap "dah dah lahh tuu" perhh sabar jerk lah.
okey lets start about my life as a UNIVERSITY student. hewhew
Firstly, aku ni student UiTM Kuantan. Tau Kuantan dekat mana? Come on lah oversea ni. Kuangkuang
As a new student confirmlah mesti ada orientasi kan. aku dah lama tak orientasi beb. last orientasi pun time aku masuk Maahad form1 dulu. seksa dia perhh tak terucap dengan katakata dan macam biasalah 2minggu ajaa masuk asrama (:
Okey eventhough campus aku dekat Kuantan tapi orientasi aku dekat Jengka Pahang. Jengka ni sejenis tempat yang mempunyai pelbagai jenis babi hutan, beruk dan speciesnya yang comel molek sungguh.
The whole week aku dekat Jengka memang macam biasa nangis melalak meraung semua ada. Setiap masa call ibu nak balik nak balik. Ibu siap cakap 'Fina dah masuk U lah. bukan sekolah lagi. Kalau sekolah bolehlah ibu tukar sekolah' Ayah bagi msg aku baca sampai nangis nangis. One day aku call mak aku, lalu abang Facilitator nampak aku nangis. Diorg siap nyanyi lagu "janganlah nangis lagi" time ni aku peduli hape dia nak nyanyi ke nak buat concert depan aku ke yang penting aku nak nangis.
Sampaikan sepupu aku yang tak pernah pernah call aku pun, siap call cakap jangan nangis. Nampak tak betapa ibu telah menyebarkan keadaan aku masuk U dekat family aku. Adik sedara aku yang masuk asrama pun call aku. Bengang pun ada dia masuk asrama relax jerk aku masuk U melalak nak balik. hihihi
Nenek aku pun siap call, tapi bila cakap dengan nenek aku ni, aku nangis dia yang dengar aku nangis pun siap join aku nangis sekali. perhh sungguh sayu detik itu. hewhew
As a conclusion life aku dekat Jengka memang menangis tak kira masa. Makan sumpah tak boleh telan even bau makanan pun rasa nak muntah. Betapa criticalnya saat saat aku di Jengka.
Habis seminggu aku dekat jengka then aku transfer Kuantan. Perhh nak kena angkut luggage lagi memang seksa lah. Time datang jengka ayah yang tolong angkatkan masuk bilik sekarang kena angkat sendiri. Luggage aku tuu aku rasa aku pun muat masuk dalam tuu. Nampak tak betapa besar gedabak berat nak mam... aku kena angkat.
Dekat Kuantan duduk apartment. Ehh chop chop bila sebut apartment jangan korang fikir apartment yang lawa lawa siap ada kolam renang, gym bagai tuu. Its looks like pangsapuri jaa. Rumah aku ting4 okey. TINGKAT4 ! TAKDA LIF. can you imagine macam mana aku angkat luggage tuu sorang sorang? Sampai atas memang semput gila then aku terus nangis. Apa motif aku nangis? Biarlah nak nangis jugak...
Dekat Kuantan still homesick tapi cara nak hilangkan homesick aku pergi shopping. Seriously Kuantan taklah hutan macam dekat Jengka. Shopping mall sebelah apartment jerk. Jalan kaki pun boleh. Shopping mall pun ala ala Jusco okey. Kering poket kalau datang selalu. Parkson dia pun the whole year sale jerk memanjang. Nasib aku tak mudah terpedaya dengan nafsu shopping Syaiton ni disamping poket aku pun dah kering sebenarnya. Hmm
Okey dekat apartment duduk dalam rumah lah kan. satu rumah 13 orang ada 3 bilik. dengar macam crowded sangat kan. tapi act okey jaa. bilik aku 4orang. shower ada 2 toilet ada 2. Taklah berebut lagipun class time lainlain kan. Siap ada balkoni dekat depan untuk bergayut, makan angin. Ting4 angin kuat okey. terbang terbang kertas aku atas meja study. dekat belakang ada tempat sidai baju. taklah macam asrama nak sidai baju kena turun bawah. ouhh no! And ada dapur tapi dah dijadikan tempat basuh baju sebab ada 2 sink. takda tempat masak pun sebenarnya.
And lets see my housemate...
Tapi tak cukup lagi ni ada lagi 3orang tak masuk gambar.
I love my housemate. Even still ada masalah rumah tangga. tapi biasalah hidup ramai ramai mesti ada problem kan. But we still have fun.
And also my classmate...
Foundation ni pun bukan senang. Class packed gila.Ada hari sampai 11malam class. Assignment , test lagi seriously quite busy. Tapi aku tak stress sangat pasal ni, aku stress tengok kawan kawan aku yang jenis belajar gila gila ni. Time aku tidur dia tak tidur lagi sibuk study. Time aku bangun tidur dia dah bangun dulu. Tension aku tengok dia study. lepastu mood asyik tak stable jerk. Nak tegur pun tak berani tengok muka dia. stressss aku jumpa manusia macam ni --'
And now tengah cuti sem. Me so happy duduk dekat JB, makan sepuas puasnya, jumpa kawan lama, kawan ketawa sampai boleh terkeluar isi perut, shopping, movie marathon, lepak... so enjoy babehh!
okey bye (:
No comments:
Post a Comment